Tot United Bakal Mewakili Malaysia Ke Liverpool Buat Kali Kedua

Rezeki buat pasukan Tot United apabila mereka berjaya mewakili Malaysia sekali lagi tahun ini untuk menyertai kejohanan Standard Chatered di Liverpool bulan 5 ini.

Pasukan Tot United terpaksa melalui laluan berliku di pusingan kelayakan. Mereka yang menjuarai pusingan kelayakan di Malaysia perlu melalui pusingan kelayakan yang kedua di mana mereka perlu bertanding bersama juara dari Brunei dan juga Thailand.

Menurut salah seorang pemain Zharil Izad Ruslan, kedua-dua pasukan dari Brunei dan juga Thailand telah memberikan tentangan yang cukup kuat. Mereka mempunyai kelebihan dari size badan mereka yang agak besar berbanding pemain pasukan Tot United.

Mereka berjaya menewaskan pasukan dari Thailand pada perlawanan akhir dengan jaringan tipis 1-0 yang berlangsung di pusat membeli belah One Utama. Kemenangan mereka untuk kali kedua ini membuktikan mereka adalah salah satu pasukan amatur yang meningkat naik.

Boleh dikatakan Tot United pada tahun ini mempunyai rekod yang baik apabila mereka sering kali memenangi beberapa kejohanan amatur , malah mereka juga baru sahaja menjuarai kejohanan World Football Five dimana mereka akan mewakili Malaysia ke Dubai nanti.

Semoga berjaya buat pasukan Tot United untuk kejohanan di Dubai dan juga Liverpool.