TM ePiala Malaysia Bermula Hari Ini!

TM ePiala Malaysia adalah kejohanan sukan elektronik bola sepak kali kedua dianjurkan tahun ini selepas eMalaysian Football League (eMFL) Julai lepas oleh Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama GamesBond.

Kejohanan atas talian ini telah pun bermula pada 22 November lepas dengan pusingan kelayakan di mana sebanyak 256 pemain amatur bersaing dalam pusingan kelayakan menggunakan format kalah mati untuk mendapatkan slot 8 untuk ke pusingan akhir.

Difahamkan pusingan kelayakan tersebut telah mendapat sambutan dengan hampir 400 permohonan tapi hanya yang terpilih sahaja dapat bersaing di pusingan kelayakan selama satu hari.

8 pemain terbaik daripada pusingan kelayakan tersebut bakal menyertai 8 lagi pemain yang merupakan pemain terbaik daripada eMFL. Kesemua 16 pemain akan berentap di pusingan akhir TM ePiala Malaysia bermula hari ini sehingga 4 Disember depan untuk merebut gelaran juara dan juga merebut hadiah terkumpul sebanyak RM5,000.

Antara pemain yang bakal mencuri tumpuan nanti adalah juara eMFL 2020, Favlain yang mewakili pasukan Terengganu FC dan juga juara bertahan ePiala Malaysia 2019 Luqmanhzq yang membawa nama Johor Darul Ta’zim.

Tak sabar nak tengok ni siapa bakal juara tahun ini. Jangan lupa malam ini bermula jam 7.45pm dan anda boleh tengok secara langsung di https://www.facebook.com/eMFLmy.

Berikut merupakan senarai nama pemain dan pasukan:

Favlain – Terengganu FC
LuqmanHzq – JDT
Chamack – Perak
Ayen – UiTM FC
Draco – PJ City FC
AlifD – Melaka United
Imrandeen – Kedah
Ismirza – Selangor
Aaloi – Kelantan (kelayakan)
Roshand Shane – Felda United (kelayakan)
Maxnevis – Kuching City FC (kelayakan)
Khai – Sabah (kelayakan)
Taz – Penang (kelayakan)
Kathires – Pahang (kelayakan)
Ahmdakmal – Kuala Lumpur (kelayakan)
Putera – Kelantan United (kelayakan)