Tiada Apa Yang Perlu Diraikan - Chiew Chun Yong

Kemenangan 8-1 ke atas pasukan Timor Leste sebentar tadi berjaya membawa pasukan Malaysia peroleh tempat 3 di Kejohanan Futsal AFF 2016. Kemenangan tersebut telah mengulangi kejayaan pasukan ini di kejohanan yang sama pada tahun 2015.

Namun tiada apa yang perlu diraikan mengenai pencapaian pasukan Malaysia menurut ketua jurulatih Chiew Chun Yong ketika dihubungi semalam.

"It's good to win in today's 3rd placing but there is nothing to celebrate or talk about as I am looking for better performance and better results. Only if win AFF then we can celebrate" kata Chiew Chun Yong.                  

Menurut beliau, para pemain tidak menunjukkan aksi yang baik pada perlawanan semalam, mereka banyak membuang masa dengan memperlahankan tempo perlawanan. Walaupun mendahului 2-1 pada separuh masa pertama beliau masih tidak berpuas hati berikutan Malaysia sepatutnya peroleh lebih jaringan.

Tetapi para pemain Malaysia bangkit dan kembali fokus bermain mengikut tektikal yang diterapkan dan berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Kejayaan pasukan Malaysia ini sedikit memberi kelegaan walaupun sekadar menamatkan kempen kali ini di kedudukan ketiga.

Tahniah buat pasukan Malaysia. Kesemua para pemain dan pegawai dijangka akan tiba di Malaysia pada malam esok.