Thomas Dooley Lengkapkan Senarai Jurulatih Pasukan Liga Super 2021.

Tanda tanya siapa bakal membimbing pasukan Sri Pahang untuk kempen Liga Malaysia tahun ini akhirnya terjawab menerusi perkongsian Thomas Dooley di laman sosial dia.

Pengesahan ini turut disokong menerusi beberapa laporan media. Difahamkan Thomas Dooley sudah berada di Pahang dan dia akan memulakan tugasnya esok.

Thomas Dooley berasal daripada Jerman tapi dia pernah mewakili pasukan bola sepak USA pada tahun 1992 sehingga 1999. Dia juga pernah menjadi pembantu jurulatih pasukan USA pada 2011-2012 sebelum dilantik menjadi ketua jurulatih Filipina pada 2014-2018.Sebelum dia ke Sri Pahang, tahun lepas dia bersama pasukan Viettel FC dan membantu pasukan itu muncul juara Liga Vietnam buat kali pertama.

Ketua jurulatih sebelum ini, Dollah Salleh tetap kekal bersama Sri Pahang selaku Pengurus Pasukan dan turut akan membantu pasukan ini nanti adalah bekas jurulatih Shahzan Muda, Tajuddin Nor yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal.

Dengan kehadiran Thomas Dooley ini maka lengkaplah kesemua jurulatih untuk pasukan-pasukan di Liga Super.Untuk musim 2020, Pahang menamatkan saingan liga di kedudukan ke-8. Semoga kehadiran jurulatih baru ini dapat membantu kembalikan zaman kegemilangan Sri Pahang FC.