Thailand Tampil Dengan Barisan Skuad Muda

Jurulatih baru Thailand Miguel Rodrigo berani membuat percaturan baru apabila telah membariskan barisan pemain muda untuk beraksi di Kejohanan Futsal AFF 2016 yang akan bermula pada 23 Januari 2017 ini.

Daripada 14 pemain yang disenaraikan beliau hanya 2 pemain senior diturunkan untuk membantu pasukan iaitu Jirawat Sornwichian dan kapten pasukan Kritsada Wongkeo. Yang menarik, hanya ada beberapa pemain senior saja di daftar akhir skuat Thailand. Terdapat dua juga pemain termuda dalam skuad kali ini yang berusia 19 tahun yaitu Pannat Kittipanuwong dan Muhamad Ousman Musa.

Menurut Miguel apa yang dilakukan oleh beliau kini ada baik untuk masa akan datang. Ini ada barisan pemain generasi baru yang akan menjadi saingan buat pasukan di luar sana.

Pasukan Thailand telah diundi berada di kumpula A bersama pasukan Brunei Darussalam dan juga Timor Leste.

Berikut 14 pemain Thailand

Kanison Phoopan (GK)
Katawut Hankampa (GK)

Chaivat Jamgrajang
Panya Aranpoowanart
Jirawat Sornwichian
Tairong Petchtiam
Sorasak Phoonjungreed
Peerapol Satsuae
Panat Kittipanuwong
Thanakorn Jaiwech
Kritsada Wongkaeo
Nawin Rattanawongsawat
Muhamad Ousmanmusa
Peerapat Kaeowilai
Phukan Dongdang