TFC Berminat Kolabrasi dengan Sporting CP

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Masih menjadi bualan hingga ke hari ini, pengurusan Terengganu FC telah mengadakan satu lawatan khas ke pusat latihan pasukan Johor Darul Takzim untuk mempelajari cara mengurus tadbir serta penyediaan fasiliti pusat latihan yang betul bagi sesebuah pasukan professional. Meskipun sudah 2 tahun yang lalu, pembangunan dalam TFC hingga hari ini wajar di puji.

Terbaru tentang TFC, perancangan untuk memperkasakan lagi pasukan itu mereka dikatakan mencuba untuk adakan kerjasama dengan kelab gergasi Portugal, Sporting CP atau Sporting Lisbon. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Timbalan Presiden I PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim.

Sebagai makluman, pasukan Sporting CP merupakan juara liga sebanyak 18 kali dan mereka beraksi di Primeira Liga bersama pasukan yang disertai bintang bola sepak negara, Safawi Rasid iaitu Portimonense SC. Namun, apakah yang menjadi tarikan kepada PBSNT?

  1. Pencapaian yang diperolehi Sporting CP

Pencapaian yang dimiliki dalam sesebuah pasukan menjadi perkara utama dalam penilaian semua orang. Namun, dalam kejayaan yang dimiliki adakah ramai yang mengambil kira aspek seperti pihak pengurusan yang bagus, jurulatih yang kreatif dan cemerlang serta pemain yang berkebolehan tinggi?

Aspek ini dapat dilihat jelas menjadikan JDT sebagai contoh terdekat dalam negara kita. Kini perkembangan positif ini menjadi ikutan beberapa pasukan lain seperti Melaka United, Kuching FA kini dikenali Kuching City FC. Mungkin boleh ditambah Selangor dan Pahang yang turut mengunjungi Stadium JDT.

Rekod kemenangan Sporting CP :
• Primeira Liga – 18 kali
• Taça de Portugal – 17 kali
• Taça da Liga – 2 kali
• Supertaça Cândido de Oliveira – 8 kali
• Campeonato de Portugal – 4 kali
• Campeonato de Portugal – 1 kali

  1. Melahirkan ramai bintang

Pasukan ini telah banyak melahirkan pemain bintang malah terkenal seluruh dunia. Di antaranya :

• Cristiano Ronaldo – Ronaldo mewakili Sporting dalam semua peringkat dari B-16, B-17, pasukan B dan pasukan senior sebelum dilamar ke Old Trafford sertai pasukan Manchester United. CR ketika itu masih berusia 18 tahun dan kini menjadi pesaing utama kepada Lionel Messi.
• Luis Nani – Penyerang sayap ini telah menimba ilmu di Akademi Sporting Lisbon. Sepanjang kariernya bersama Sporting, pemain yang berusia 34 tahun ini telah membuat 131 penampilan. Posisinya sebagai penyerang, dia telah mencipta sebanyak 31 gol dan 25 assist. Nani juga ke Manchester United pada tahun 2007 ketika berusia 20 tahun.
• Joao Mario – Pemain tengah untuk pasukan Inter Milan ini juga merupakan pelatih daripada Akademi Sporting Lisbon. Sebelum dilepaskan ke Inter pada usia 23 tahun, Mario berjaya diserap ke pasukan senior pada tahun 2014. Dia berjaya membuat 93 penampilan dengan pasukan itu mencatat 14 gol dan 18 assist.

  1. Mempunyai akademi sendiri

Mempunyai akademi sendiri merupakan kunci kejayaan dari bawah. Ia mampu melahirkan akar umbi yang berkualiti. Jadi, mereka menyediakan pembelajaran dan latihan dari seawal kanak-kanak. Kalau tengokkan Ronaldo, dia mula join pada umur 12 tahun.

Jangan tidak tahu, Sporting telah melebarkan sayap ke asia iaitu Singapore. Di sana, mereka telah dibarisi oleh jurulatih yang professional serta mendapat sijil kelulusan daripada Sporting CP. Hanya di Singapore, mereka menghadkan kepada 5 kategori iaitu U8, U10, U12, U14 dan U16.

Dalam konteks lain, menurut thesefootballtimes.co dalam penulisannya, pemain muda yang dilahirkan mampu menjadi pendapatan kepada kelab. Sama seperti Ronaldo dan Nani, bakat mereka digilap dan mampu memberikan “hasil” yang lumayan kepada kelab. Senang cerita, boleh buat duit.

Jadi, mungkin ini yang menjadi tarikan utama buat PBSNT ingin jalin kerjasama dengan mereka. TFC yang jelas bergurukan JDT sebelum ini, nampaknya terus maju mengikut jejak langkah setelah melihat hasil daripada JDT itu sendiri. JDT bermula dengan usahasama dan kerjasama dengan Borussia Dortmund dan kemudian dengan Valencia CF, Manchester City sehingga dengan kolaborasi dengan Juara Liga Itali, Juventus.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved