"Terima kasih semua" Ezuan Othman

UiTM sekali lagi membuktikan kredibiliti mereka dalam bidang sukan terutama di arena futsal apabila sekali lagi pasukan lelaki mereka berjaya mengekalkan kejuaraan liga futsal IPT (Liga Super) pada musim ini. Semenjak liga ini dijalankan pada tahun 2010 pasukan lelaki UiTM masih memegang rekod kejuaraan apabila 5 kejuaraan telah dimenangi oleh pasukan UiTM.

image2-1

Kegembiraan ini berterusan apabila pasukan wanita UiTM turut mengikut jejak apabila mereka turut berjaya peroleh kejuaraan pada musim ini. Ia satu pencapaian yang baik bagi UiTM setelah berjaya membawa semula kedua-dua piala pulang setelah kali terakhir UiTM juara bagi kedua-dua kategori pada tahun 2011 dan 2012.

Pasukan lelaki dan wanita UiTM pada musim ini dibimbing oleh Mohammad Ezuan Othman.

"Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih buat kesemua para pemain dan juga pihak pengurusan atas komitmen mereka selama ini. Pada awalnya agak sukar buat saya berseorangan untuk membawa kedua-kedua pasukan ini, namun kerjasama para pemain amat baik dan alhamdulillah kami berjaya membawa dua piala pulang," ujar beliau.

image3-1

Menurut beliau bagi pasukan lelaki musim hanya 5 sahaja pemain lama yang masih kekal dan selebihnya kesemua pemain baru yang dipilih melalui Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) UiTM tahun lalu. Kesemua pemain baru ini berjaya menunjukkan satu kerjasama yang baik dibantu oleh pemain senior yang masih ada.

Mengulas mengenai persediaan pasukan UiTM , Ezuan Othman berkata;

"Sebelum kami bertolak ke Liga Futsal IPT pusingan kedua ini, kedua-dua pasukan UiTM beraksi di UiTM International Sport Fiesta yang membabitkan pasukan universiti jemputan dari asia. Bagi pasukan lelaki mereka tewas di pusingan suku akhir dan wanita pula berjaya peroleh tempat ketiga. Alhamdulillah melalui kejohanan ini kami dapat memperbaiki beberapa kelemahan menjelang pusingan kedua tempoh hari.

Senarai kejuaraan pasukan UiTM di Kejohanan Liga Futsal IPT

Kategori Lelaki

2010 - Juara
2011 - Juara
2012 - Juara
2015 - Juara
2016 - Juara

Kategori Wanita

2011 : Juara
2012 : Juara
2016 : Juara