Syed Aizad Permata Kian Bersinar

Ketika tumpuan peminat lebih kearah pemain-pemain yang seringkali membarisi skuad futsal kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, wujud permata yang kian bersinar dalam arena futsal tanah air ketika ini. Permata yang dimaksudkan adalah pemain Selangor MPSJ iaitu Syed Aizad Daniel Syed Nasir yang baru berusia 19 tahun. Kelibat pemain yang bersusuk tubuh kecil ini berjaya mencuri tumpuan dan terus mendapat kepercayaan Marcelo Serpa untuk terus disenaraikan bagi latihan pusat skuad kebangsaan fasa ke-4 ini.

AY1_5726

Aksi memukau pemain ini sewaktu siri perlawanan ujian di Thailand terutamanya ketika membenam Chonburi FC tempohari telah mengejutkan banyak pihak dengan kelincahan dan aksi kemas yang ditampilkan oleh beliau. Berbekalkan dengan pengalaman yang diperolehi pada usia yang muda ini, tidak mustahil Syed Aizad boleh menjadi seorang pemain futsal yang disegani dalam tempoh 3 hingga 5 tahun lagi.

Pada aksi perlawanan persahabatan menentang Pilihan Kuala Lumpur MK di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, statistik telah dibuat berdasarkan aksi Syed Aizad ini. Berikut adalah statistik yang dilakukan :

Masa Permainan : 75 Minit ( 25 Minit x 3 Separuh Masa )

Minit Beraksi : 23 Minit 37 Saat

Hantaran Tepat : 33

Hantaran Tersasar : 1

Percubaan Tepat : 2

Percubaaan Tersasar : 1

Pintasan Bola : 5