Syahir Hero UiTM Pahang

Jaringan pada babak pertama oleh Muhammad Syahir Ab Aziz telah mengangkat nama beliau sebagai “hero” kepada pasukan UiTM Pahang ketika perlawanan playoff liga perdana menentang pasukan Tati University College, tempoh hari di pusingan kelayakan Liga Futsal IPT 2016  .

Jaringan tunggal pemain ini telah memberikan kemenangan dan lebih bermakna membantu pasukan ini layak untuk bermain di Liga Perdana Futsal IPT 2016.

bef6a80e-268d-4429-ac30-5223709775e0.

Kali terakhir UiTM Pahang bermain di Liga Futsal IPT adalah pada tahun 2013 kemudian slot mereka itu diberikan kepada UiTM cawangan lain di mana format sebelum ini hanya 3 slot sahaja diberikan untuk UiTM untuk bermain di Liga Futsal IPT.

Pelajar jurusan Pengurusan Kewangan ini telah menafikan bahawa beliau bukan la hero kepada pasukan UiTM Pahang : “saya hanya pemain tambahan sahaja, kerjasama satu pasukan membuatkan kami berjaya melayakkan diri ke liga perdana” ujar beliau.

Syahir membawa pengalaman beliau bermain bersama pasukan futsal UiTM Malaysia musim lalu untuk membantu pasukan UiTM Pahang musim ini. Beliau juga sebagai seorang pemain senior teruja dengan semangat juang rakan sepasukannya yang membariskan pemain-pemain muda dan baru. Mereka juga muncul sebagai naib johan KARISMA 2015 tewas 1-0 kepada pasukan UiTM Shah Alam.

“Saya berharap agar kami UiTM Pahang dapat menjadi pencabar terkuat di Liga Perdana dan layak ke liga super futsal IPT musim hadapan mengikut jejak abang kami pasukan UiTM Malaysia.

2fc73600-af1f-43cf-8c6d-6aa23bb91efd