Stylo Mylo Dan Darul Naim Juara Lagi Di Hidup Bola Milo!

36 pasukan bawah 12 tahun dan 50 pasukan bawah 16 tahun telah mengambil bahagian di Hidup Bola Milo sirkit Negeri Sembilan minggu lalu.

Apa yang menarik di sirkit ini adalah dua pasukan Stylo Mylo dan Darul Naim sekali lagi muncul juara dan mengesahkan tempat ke Grand Final. Tapi kali ini dengan pemain yang berbeza.

Sebelum ini Stylo Mylo Blue muncul juara di Johor dan Stylo Mylo Green naib juara di Selangor bagi bawah 12 tahun manakala Darul Naim pula juara di Johor bagi kategori bawah 16 tahun.

Kali ini Stylo Mylo Jr pula membuktikan kemampuan dengan berjaya menewaskan Nibung Jr (B) 3-2 dalam satu aksi yang sengit. Kejayaan mereka turut bertambah apabila adik Azim Nasri muncul sebagai penjaga gol terbaik.

Bagi bawah 16 tahun pula Darul Naim A muncul juara selepas menewaskan KPFM A dengan jaringan 2-1.

Selepas ini Hidup Bola Milo akan diteruskan di Kelantan pada 18 Ogos ini.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Pulau Pinang

Bawah 12 Tahun
Juara : Stylo Mylo Jr
Naib Juara : Nibung JR B
Ketiga Bersama : RG JR & Rambai Muda

Bawah 16 Tahun
Juara : Darul Naim (A)
Naib Juara : KPFM (A)
Ketiga Bersama : Vanator FC  & Chekedizs FT