Street Football, Futsal dan Maradona!

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian legenda bola sepak dunia, Diego Maradona. Bintang dari Argentina ini yang pernah dinobatkan sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman meninggal dunia akibat serangan jantung.

Nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, selain cemerlang membantu pasukan Argentina terutama di pentas Piala Dunia beliau juga pernah mencipta nama bersama beberapa pasukan antaranya Boca Junior, Barcelona, Napoli, Sevilla.

Cakap tentang kejayaan dia pasti ramai dah tahu dan memang tiada tandingan. Paling tak boleh lupa mesti peristiwa jaringan ‘Hand of God’ Maradona yang membantu Argentina menewaskan England di suku akhir Piala Dunia 1986. Edisi tahun itu juga, Argentina diangkat sebagai juara Piala Dunia.

Disebalik nama Maradona ini sebenarnya dia bermula di jalanan ‘street football’. Setiap kali bermain di atas padang, kalau tengok video di YouTube memang dia sangat tenang bila diberi tekanan dah mudah keluar dari ruang sempit. Kawalan bola dan skills individu yang sangat baik.

Menurut laporan Reuters, Maradona memberitahu dia dipengaruhi oleh street player seperti pemain Manchester United, George Best.

“George memberi inspirasi kepada saya ketika saya masih muda. Saya fikir kami adalah pemain yang sama, dribbler yang boleh mencipta kejutan & magic.”

Pemergian legenda dunia ini pasti akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih & selamat tinggal Diego Armando Maradona!

Habis baca, kasi layan dulu video ini!

https://youtu.be/CwSWERNajRI

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved