Stadium ini bakal ditukarkan kepada nama Maradona. Kenapa?

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas berita pemergian Diego Maradona semalam, boleh dikatakan semua peminat bola sepak dunia terkejut dan sedih atas pemergian legenda bola sepak dari Argentina ini.

Antara yang terkesan juga pastinya peminat-peminat pasukan Napoli di Itali kerana nama Diego Maradona ini dekat di hati mereka.

Beliau merupakan pemain pasukan Napoli pada tahun 1984-1991 dan berjaya menjaringkan 115 gol. Maradona juga diangkat sebagai penjaring terbanyak untuk musim 1987-1988.

Ketika era Maradona di Napoli, beliau berjaya membantu pasukan ini meraih kejuaraan liga Serie A buat kali pertama pada edisi 1986-1987 & mengulangi kejayaan ini buat kali kedua di edisi 1989-1990.

Itu kali terakhir Napoli menjadi juara liga dan kejayaan itu amat diingati peminat-peminat pasukan ini.

Menurut presiden kelab Napoli menerusi laporan sportbible.com, Aurelio de Laurentiis mengumumkan kelab kini dalam perbincangan untuk menukar nama stadium ke atas nama Maradona.

Malah Datuk Bandar Naples, Luigi De Magistris menerusi ciapan beliau di Twitter mahu Napoli menamakan Stadium San Paola bersempena nama Diego Maradona.

“Kami akan menamakan Stadium San Paolo bersempena dengan nama Diego Armando Maradona.”

“Diego Armando Maradona, pemain terhebat sepanjang zaman sudah meninggal dunia dan dia menjadikan Naples berjaya menggapai impian sebelum ini.”

Semalam juga di Stadium San Paolo ini dihadiri oleh para peminat yang turun hadir untuk memberikan tribute terakhir buat Diego Maradona.

Walaupun bukan asal daripada Itali tapi Diego Maradona dekat di hati mereka, bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Legenda!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved