Srikandi Negara Teruskan Aksi Garang

Skuad negara mempamerkan semangat juang tahap maksimum bagi merealisasikan impian mereka untuk layak ke separuh akhir Kejohanan AFC Futsal Wanita 2015 apabila mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 menundukkan Hong Kong.

Aksi yang terikat 1-1 pada babak pertama yang menyaksikan penjaga gol Hong Kong begitu kental bertahan itu turut dibantu dengan jaringan gol sendiri oleh pemain Hong Kong. Aksi sengit pada babak pertama menepati kenyataan yang dinyatakan oleh pengendali negara, Chiew Chun Yong sebelum perlawanan yang beranggapan perlawanan sukar akan ditempuhi anak buahnya.

Namun jurulatih yang terkenal dengan penerapan kepelbagaian taktikal itu berjaya mengubah taktikal dan perancangan bagi menghadapi saingan di babak kedua. Perubahan yang dilakukan berhasil dengan gerakan demi gerakan yang dicipta skuad negara dan akhirnya Fatin Shahida bersama Farahiyah Ridzuan berjaya membolosi penjaga gol Hong Kong yang berjaya mengelak gawangnya dari terus dibolosi oleh skuad negara.

"Separuh masa kedua saya membuat beberapa perubahan dan turut memecahkan kombinasi pemain bagi mengasak permainan Hong Kong yang mengamalkan corak bertahan seterusnya mereka berjaya mengikut arahan saya dengan baik", katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

'Tigirls' mempamerkan watak sebagai seorang pejuang. Wak menggelarkan mereka semua sebagai 'Tigirls' sejak dari hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan sebulan yang lepas kerana kemampuan beraksi seumpama harimau serta mempunyai naluri pemusnah ketika beraksi dan kejayaan ini turut bermakna kerana ini pertama kali kami berjaya menewaskan Hong Kong sejak tahun 2013 dimana kami tewas 3-5 pada lawan yang sama ketika di Kejohanan Dalam Dewan 2103", ulas beliau lagi.

Kejayaan ini turut memberikan harapan kepada pengendali tersebut bahawa setiap anak buahnya untuk terus fokus pada aksi menentang Iran esok dan mengharapkan momentum kemenangan ini diteruskan.

Kredit Foto : FAM

Artikel Oleh : Wak Meor