Sri Aman FC Raja Futsal Sabah!

Bagi peminat-peminat futsal di Sabah, pasukan Sri Aman FC tidak perlu diperkenalkan lagi. Juara Liga Futsal Sabah 2017 ini menepati ramalan apabila mereka dinobatkan sebagai Raja Futsal Sabah 2018!

Namun laluan mereka untuk ke final tidak hadir dengan mudah apabila sebanyak 42 pasukan bersaing untuk merebut gelaran Raja Futsal Sabah kali ini.

Pasukan berasal dari Tawau ini berjaya menewaskan pasukan dari Sandakan, Pak Belalang dengan keputusan tipis 1-0. Satu perlawanan akhir yang cukup sengit dipamerkan daripada kedua-dua pasukan ini.

Dengan kemenangan ini, Sri Aman berjaya membawa pulang wang tunai RM 1000, medal dan sekaligus menempah slot ke Grand Final Raja Futsal bersama pasukan Pak Belalang.

Tahniah buat kedua-dua pasukan. Get ready untuk Grand Final nanti!

Selepas ini misi pencarian Raja Futsal Negeri Sembilan bakal berlangsung pada 12 Ogos di Ultimate Sport Haus, Nilai. Cepat daftar pasukan anda sekarang!