Son Heung-Min ikut jejak Faiz Subri di Puskas Award

Semalam telah berlangsung FIFA Football Awards 2020 dan mesti semua sudah tahu keputusan pemenang-pemenang anugerah yang dipertandingkan.

Salah satu anugerah yang dipertandingkan adalah Puskas, jaringan gol terbaik yang mula diperkenalkan pada tahun 2009.
Untuk edisi kali ini pemain daripada Korea Selatan, Son Heung-Min diumumkan sebagai pemenang menerusi jaringan dia ketika membantu Tottenham Hotspurs menewaskan Bunrley di saingan Premier League.

Son berjaya mengetepikan gol pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu Giorgian De Arrascaeta dan Luis Suarez. Kalau tengok rakaman video gol ini memang satu gol yang baik daripada Son, bermula dari bawah dia bawa bola mengatasi 7/8 pemain dan dengan tenang melakukan rembatan menewaskan penjaga gol untuk menjaringkan gol.

Tahniah Son! Selepas kejayaan ini terus teringat kenangan ataupun sejarah yang tercipta pada edisi 2016. Pada 2016 anak Malaysia diangkat sebagai pemenang anugerah ini, siapa lagi kalau bukan Faiz Subri! Jaringan luar biasa dia ketika bersama Penang berjaya menewaskan 9 calon yang lain antaranya Lionel Messi, Neymar dan Saul Niguez.

Kejayaan yang cukup bermakna bukan saja untuk Faiz tapi juga untuk Malaysia. Memang tak boleh lupa saat-saat kemenangan ini yang berlangsung di Switzerland pada tahun ini.

Apa yang lebih membanggakan Faiz bukan sahaja pemenang pertama dari Malaysia tapi yang pertama di Asia dan Son Heung-Min adalah yang kedua. Semoga satu hari nanti akan ada lagi calon atau jaringan yang terbaik daripada pemain Malaysia di anugerah ini.

Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Puskas:

2009 – Cristiano Ronaldo (Portugal)
2010 – Hamit Altintop (Turkey)
2011 – Neymar (Brazil)
2012 – Miroslav Stoch (Slovakia)
2013 – Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
2014 – Jame Rodriguez (Colombia)
2015 – Wendell Lira (Brazil)
2016 – Faiz Subri (Malaysia)
2017 – Oliver Giroud (Perancis)
2018 – Mohamed Salah (Mesir)
2019 – Daniel Zsori (Hungary)
2020 – Son Heung-Min (Korea Selatan)