Skuad Negara U20 Bakal Hadapi Saingan Kelayakan AFC U20 2019

Beberapa hari lagi, skuad futsal kebangsaan U20 bakal menghadapi kejohanan kelayakan pada 5 hingga 9 Disember ini yang akan diadakan di Bangkok, Thailand.

Skuad negara perlu melepasi 4 perlawanan di antara negara Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Thailand.

Perlawanan pertama skuad negara di jadualkan pada 5 Disember, dimana menemukan Malaysia menentang Myanmar. Manakala perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu dengan tuan rumah iaitu Thailand pada 6 Disember.

Skuad yang dibimbing oleh Jamhuri Zainuddin bakal menentang pasukan musuh iaitu Indonesia di hari ke-3 dan perlawanan terakhir adalah menentang Vietnam.

Kesemua perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Indoor Hua Mak, Bangkok. Kejohanan kelayakkan ini akan menentukan hanya 3 pasukan teratas yang akan layak ke Kejohanan AFC U20 2019.

Antara senarai 14 pemain yang mewakili Malaysia ke Kejohanan Kelayakan AFC U20 2019:

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

AIMAN FIKRY RAMLI

19

SELANGOR

2.

FAEZWAN ASHWANDIE AHMAD

18

SARAWAK

3.

ISKANDAR HARUN

18

SARAWAK

4.

ERZUAN GAPAR

19

SARAWAK

5.

HAFIZ AJAS JAPAR

19

SARAWAK

6.

ZARUL FIQRI AHMAD

19

SARAWAK

7.

IKHMAL KAMARULZAMAN

19

SARAWAK

8.

EKMAL SHAHRIN

18

MELAKA

9.

NAJMI ROSLI

18

MELAKA

10.

IQHMAL NAJMIE ISMAIL

18

TERENGGANU

11.

ZAKRY ASRAF ROSLAN

19

PERAK

12.

MAHADIR HARAHAP KHAIRUDDIN

18

PAHANG

13.

SYAMEL JOHAN

19

JOHOR

14.

AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR

18

KUANTAN RANGERS