Skuad Milo Hidup Bola Kekalkan Kejuaraan

Kejohanan Futsal Milo Hidup Bola bukan satu lagi satu nama asing bagi kejohanan peringkat akar umbi di Malaysia ini. Satu platfom terbaik untuk bakat-bakat muda menunjukkan bakat mereka di kejohanan ini dan telah terbukti banyak pemain yang beraksi di Liga Futsal Kebangsaan lahir dari kejohanan ini.

Sejak tahun 2015 pihak penganjur telah membuat pembaharuan apabila sebanyak 12 pemain akan dipilih dari peringkat Grand Final untuk dibawa berlatih dan beraksi di Jelajah Thailand. Di 2 edisi sebelum ini barisan pemain kita berjaya mencipta kejayaan walaupun hanya berlatih dalam masa yang singkat.

Tahun ini sekali lagi pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih futsal kebangsaan, Coach Chiew Chun Yong berjya mengekalkan status juara bertahan itu dimana mereka menang ketiga-tiga perlawanan di Pattaya, Thailand.

 

“Saya terkejut dengan kemenangan ini, kerana kami baru sahaja berkumpul dan dapat melakukan persediaan selama seminggu sahaja,"  kata Chun Yong.

“Pujian harus diberikan kepada pemain kerana saya para pemain cepat memahami dan mempraktikkan taktikal dan corak permainan yang saya cuba terapkan.”

“Barisan pemain ini ada masa depan yang cerah tidak kira di bidang futsal mahupun bola sepak dan saya jangkakan ada jurulatih yang akan mengambil mereka selepas ini,” kata Chun Yong.

Untuk makluman 2 pemain dari skuad Milo Hidup Bola edisi 2015 dan 2016 kini merupakan pelatih untuk skuad bola sepak kebangsaan Bawah 23 tahun iaitu Nik Akif Syahiran dan juga Shivan Pillay.

Keputusan penuh skuad Milo Hidup Bola :

Milo Hidup Bola Malaysia 4-3 Pattaya FC

Milo Hidup Bola Malaysia 4-2 Nonthaburi FC

 

Milo Hidup Bola Malaysia 5-0 Chonburi FC

Kredit gambar : Milo Malaysia