Skuad Futsal Wanita Negara Langkah Kanan Menentang Bangladesh

3 mata pertama berjaya diraih skuad futsal wanita negara apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Bangladesh dengan jaringan 7-1 sebentar tadi.

Skuad negara tersentak dengan jaringan awal oleh pemain Bangladesh, M. Sirat Jahan Shopna di minit ke-3 tidak menunggu lama apabila Hanis Farhana berjaya menjaringkan gol penyamaan selang beberapa saat.

Foto: FAM

Jaringan penyamaan tersebut berjaya menaikkan semangat skuad negara apabila mereka terus memberikan asakan demi asakan dan 4 gol berjaya dijaringkan sebelum babak pertama tamat menerusi Zu'rain Kamaruddin, Siti Asnidah Zamri, Nur Shazreen Munazli dan Siti Nur Atiqah Rashid.

Masuk babak kedua, Bangladesh cuba memberi saingan dengan melakukan beberapa percubaan, namun gawang negara yang dikawal Noorasyiemah Mohamad Rashid cemerlang menyelamatkan percubaan tersebut.

2 gol berjaya ditambah pada babak kedua menerusi Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Nur Shazreen Munazli sekaligus memberikan kemenangan penting buat skuad negara.

Foto: FAM

Selepas ini mereka akan menanti cabaran Chinese Taipei pada 4 Mei ini.

 

Senarai penjaring Malaysia menentang Bangladesh:

Hanis Farhana Shamsul Azizan 3’

Zur’ain Kamarudin 4’

Siti Asnidah Zamri 18’

Nur Shazreen Munazli 19’ 40’

Siti Nur Atiqah Rashid 19’

Intan Sarah Zulgafli 22’

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie