Skuad Futsal Wanita Negara Akur Dengan Kekalahan Berganda

Impian ke suku akhir tidak kesampaian setelah ditewaskan pasukan Vietnam dengan jaringan, 1-3 sebentar tadi.

Foto: FAM

Di babak pertama permainan, skuad negara kerap membuat asakan bertubi-tubi namun barisan pertahanan Vietnam bertindak cemerlang menutupi ruang gol mereka.

Walaubagaimanapun, penjaga gol utama negara hari ini, Wan Zufirah Nasir ditewaskan oleh pemain Do Thi Nguyen di minit ke-17.

Foto: FAM

Tidak lama selepas itu, Malaysia terus dihukum pada minit ke-18 setelah pemain Nguyen Thi Thanh menjaringkan gol kedua buat mereka.

Setelah itu, skuad negara berjaya mendapatkan gol tunggal hari ini hasil tendangan sudut oleh Siti Nur Atikah Rashid dan disudahkan oleh pemain bernombor 14, Zur’ain Kamaruddin.

Foto: FAM

Masuk babak kedua perlawanan, beberapa kesilapan mudah pemain negara dapat dimanfaatkan oleh pasukan lawan apabila mereka terus menghukum dengan 1 jaringan lagi pada 2 minit akhir perlawanan.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie