SENARAI 16 PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN KE CFA INTERNATIONAL FUTSAL TOURNAMENT 2019 DI CHANGSHU, CHINA

Berikut senarai 16 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk terbang ke Shanghai, China, hari ini bagi menghadapi kejohanan jemputan empat penjuru 'CFA International Futsal Tournament 2019' di Changshu Sports Centre, Changshu City, China, 6 hingga 8 Oktober 2019.

BILNAMAUMURPASUKAN
1.SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR23SELANGOR
2.MUHAMMAD AZRI RAHMAN25SELANGOR
3.MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI28SELANGOR
4.AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ32SELANGOR
5.MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD32SELANGOR
6.ABU HANIFFA HASAN28PAHANG
7.SAIFUL NIZAM MOHD ALI28PAHANG
8.MOHD AZWANN ISMAIL27PAHANG
9.AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR19PAHANG
10.MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH28PAHANG
11.MOHD RIDZWAN BAKRI25PERAK
12.MOHD AWALLUDIN MAT NAWI21PERAK
13.MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN22PERAK
14.MUHAMMAD SAAD SANI21MELAKA
15.MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN19MELAKA
16.MUHAMMAD AWALUDDIN HASAN28MELAKA

Chun Yong telah menggugurkan empat pemain dari senarai 20 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat fasa akhir yang bermula 1 Oktober lalu.

Mereka adalah Khairul Effendy Mohd Bahrain (Pahang), Zainal Abidin Hamzah (Pahang), penjaga gol, Muhammad Syawal Sabaruddin (Perak) dan Danial Dain (Melaka).

Di Changshu nanti, Malaysia dijadual bertemu Maghribi pada 6 Oktober, Denmark pada 7 Oktober dan tuan rumah China pada 8 Oktober 2019.

Ini merupakan persiapan skuad futsal kebangsaan bagi menghadapi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chin Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.