Siapakah Pasukan Terbaik Yang Akan Bersaing Di Liga Futsal Kebangsaan 2014/2015?

4 pasukan yang menjadi johan kumpulan masing-masing dan naib johan terbaik daripada setiap kumpulan bakal melayakkan diri ke Liga Futsal Kebangsaan musim 2014/2015 untuk slot ke 5. Proses cabutan undi telah berlangsung sebentar tadi dimana kesemua pengurus pasukan telah hadir untuk mengikuti proses ini dan mendengar taklimat perlawanan.

Perlawanan yang sengit bakal dilalui oleh kesemua pasukan setelah lihat atas keputusan undian kumpulan. Kumpulan A diwakili pasukan Kuala Lumpur, KL SPA FC, Kedah Bernas, dan KL City FC. Tiga pasukan yang bersaing atas nama Kuala Lumpur serta satu dari Kedah. Pasti menarik untuk mengetahui siapa bakal menjadi johan bagi kumpulan ini.

Pasukan Perak menjadi pilihan untuk menjuarai kumpulan B. Mereka yang menduduki tempat ke-10 di Liga Futsal Kebangsaan musim yang lalu terpaksa mengharungi pusingan kelayakan kerana hanya 8 pasukan terbaik di liga mendapat slot automatic. Pasukan Perak bakal menghadapi tentangan dari pasukan Sabah dan juga pasukan Kelantan di kumpulan B.

Kumpulan C pula diwakili oleh pasukan KL Petaling Utara, PB Melayu Malaysia serta Pulau Pinang. Pasukan PB Melayu Malaysia dan Pulau Pinang pernah bertanding di liga musim yang lepas pasti tidak mempunyai sebarang masalah dari segi menghadapi tekanan di pusingan kelayakan ini. Namun pasukan pendatang baru iaitu KL Petaling Putra pasti akan memberi tentangan yang sengit kepada kedua pasukan ini untuk melayakkan kan diri ke Liga musim hadapan.

ATM, Perlis , Melaka dan Felda United U20 diletakkan bersama di kumpulan D. Melaka yang baru sahaja menjadi naib juara di kejohanan jemputan Felda baru-baru ini pasti akan mengekalkan momentum mereka dan pasti mereka ingin melayakkan diri ke Liga musim hadapan. Namun pasukan Melaka perlu menghadapi tentangan yang sengit daripada pasukan ATM dan Perlis yang bersaing dalam liga musim lepas serta pasukan projek pelapis yang dicipta iaitu Felda United U20.

Bagi kategori wanita pula hanya 5 pasukan bakal bersaing di pusingan kelayakan ini. 2 terbaik akan menyertai Liga pada musim hadapan. Pasukan yang bakal bersaing bermula esok hari adalah pasukan Sarawak DBKU, Kuala Lumpur, KL Petaling Utara dan pasukan Perak.

Kesemua perlawanan bakal berlangsung di KSL Sri Gombak bermula esok hari. Ayuh kita memberikan sokongan kepada kesemua pasukan yang akan bertanding.