Siapakah Bakal Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM (2017-2021)

Seperti kita tahu pada sabtu lepas telah berlangsungnya Kongres FAM Ke-53 yang menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya dilantik sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagi jawatan Timbalan Presiden dimenangi  oleh Datuk Seri Subahan Kamal  dan juga Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang merupakan Exco FAM 2014-2017 dan pengerusi jawatankuasa futsal dan bola sepak pantai bagi penggal tersebut.

Empat nama yang berjaya meraih undian tertinggi bagi jawatan naib presiden pula adalah Mohd Joehari Mohd Ayob, Datuk Ab Ghani Hassan, Datuk S.Sivasundaram dan Datuk Rosmadi Ismail.

Manakala lapan ahli exco lelaki yang terpilih adalah Supritendan Mohd Dali Wahid, Subkhiddin Mohd Salleh, Mohd Firdaus Mohamed, Christopher Raj, Datuk Jefferey Low Han Chow, Datuk Mohd Hisamudin Yahya, Datuk Azisman Alias dan Datuk Aminuddin Omar.

Selain itu dua jawatan dalam exco wanita disandang oleh dua muka baharu Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib.

Kesemua exco lelaki yang terpilih akan memegang portfolio masing-masing bagi penggal 2017-2021 ini. Tugasan yang perlu dijaga oleh exco-exco ini. Seperti kita tahu sebelum ini bagi portfolio jawatankuasa futsal dan bola sepak pantai FAM disandang oleh Datuk Yusoff Mahadi dan untuk penggal baru ini siapakah akan menyadang jawatan tersebut.

Keputusan ini dijangkakan akan diumumkan pada 8 April 2017 ini iaitu ketika Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM 2017-2021 yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

AFM berharap agar Arena Futsal di Malaysia selepas ini akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan baru ini.