Siapakah bakal mewakili Malaysia?

Siapakah yang akan mewakili Malaysia ke "F5WC World Final" yang akan berlangsung di Dubai april ini. Semua ini bakal terjawab pada 12,13 14 Mac ini dimana pusingan kelayakan peringkat Malaysia akan berlangsung di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Putrajaya.

F5WC adalah kejohanan bertaraf antarabangsa di mana pihak pengajur akan menghimpunkan 32 wakil dari seluruh negara untuk berkumpul dan beraksi di kejohanan ini peringkat akhir dimana Dubai dipilih sebagai destinasi akhir tersebut.

Selain bertujuan untuk menghimpunkan kesemua pasukan ini, pihak pengajur juga bermatlamat untuk melahirkan bakat-bakat baru dimana mereka akan dipilih untuk menjalani latihan bersama kelab kelab terkemuka dunia seperti Manchester United, Chelsea, Liverpool dan juga Real Madrid.

Kini persiapan akhir giat dijalankan oleh pihak pengajur syarikat Ford untuk menyajikan kepuasan kepada semua pasukan yang bakal bersaing di kejohanan bertaraf antarabangsa ini.

Para pemenang kejohanan ini bakal berpeluang mewakili Malaysia dan akan diterbangkan ke Dubai untuk bersaing bersama 32 pasukan dari negara lain.

Selain mendapat tajaan tiket penerbangan ke Dubai. Pasukan juara juga bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 12,000 serta trofi dan juga medal.