Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas

Itulah ungkapan yang sesuai diungkap ketika ini apabila isu mengenai prestasi pasukan futsal kebangsaan dipertikaikan oleh seluruh masyarakat Malaysia ketika ini sama ada sedar atau tidak. Seperti kita tahu pasukan futsal kebangsaan baru sahaja tewas di kejohanan futsal AFC 2016 sekaligus melenyapkan impian peminat futsal untuk melihat pasukan futsal negara layak ke futsal World Cup di Colombia. Pasukan futsal kebangsaan telah tewas kepada Australia (2-1), Japan (11-1) dan juga Qatar (6-2).

Prestasi pasukan futsal kebangsaan boleh diibaratkan seperti yoyo apabila satu persembahan yang menarik ditunjukkan ketika menentang Australia namun ketika menentang Jepun sebaliknya berlaku. Keputusan ketika perlawanan menentang Jepun ada satu jaringan yang besar dan ia amat mengecewakan peminat tanah air.

Isu ini turut diperhangatkan lagi apabila Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Khairy Jamaluddin turut kecewa dengan prestasi longlai pasukan futsal kebangsaan dan keputusan itu pasti memberikan satu tamparan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat futsal kategori lelaki dipertandingkan di sukan Sea 2017 Kuala Lumpur. Pasti acara ini tidak akan dipertandingkan apabila dua bakal pencabar pingat emas di Sukan Sea nanti iaitu pasukan Thailand dan Vietnam berjaya melayakkan pasukan ke World Cup Futsal di Colombia.

Selain itu juga ramai peminat futsal tanah air turut serta mempertikai prestasi pasukan futsal kebangsaan terutama di laman laman social yang mengudang kehangatan peminat futsal di negara. Sudah pasti mulut manusia kita tidak dapat tutup dan laman sosial digunakan untuk meluahkan perasaan ketidakpuasaan terhadapa prestasi pasukan kebangsaan.

ejad

Geli hati juga melihat perbualan serta komen komen yang dilemparkan tidak kira di rungan komen, ada yang mesej mahupun di laman FB peminat. Ada yang memberi semangat, ada yang mengutuk, itu lah senario di Malaysia dimana bila menang kita support, bila kalah kita marah. Satu perkara yang susah untuk kita ubah.

Bila perkara ini terjadi ramai menunding jari kepada pemain, jurulatih, persatuan, media, pengurusan, peminat dan lain lain. Perkara biasa terjadi saban hari tidak kira apa jua sukan dimana susah untuk mereka menerima kekalahan dan kesilapan. Malah terus menyalahkan satu sama lain dan tidak mengambil iktibar atas apa yang sudah berlaku. Alasan demi alasan dipergunakan antaranya liga futsal di Malaysia tidak kompetitif. Liga yang hanya dijalankan selama 4-5 bulan, kemudian ada break , fitness problem, hanya ada liga haram lah dan bermacam macam lagi alasan yang sering kita dengar.

Ia benar itu itu semua menjadi satu faktor buat pemain serta pengurusan semua, namun segala masalah ada jalan penyelesaiannya jika kita asyik memberikan alasan tanpa melakukan sesuatu untuk mengatasinya bagaimana kita ingin maju kehadapan. Soal liga itu kita serah saja dan lihat apa yang ingin dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun ini. Sehingga kini masih tidak tahu bilakah liga akan bermula dan kononya pada tahun ini ada liga akar umbi bawah 19 tahun namun ia hanya omong kosong sahaja. Kita sedar betapa teruknya pengurusan mereka bukan sahaja di acara bola sepak inikan futsal yang masih dianak tirikan oleh persatuan. Semua mainan politik dan sandiwara di dalam persatuan memberi impak yang besar buat arena futsal kita.

Sebagai pemain juga mereka harus bijak dan berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Rata rata pemain yang bermain adalah pemain yang sama dan berpengalaman di peringkat antarabangsa. Ia adalah disebabkan liga kita yang pendek jadi agak sukar buat coach untuk mengambil pemain pemain lain dalam tempoh yang singkat sedangkan Malaysia mempunyai banyak pemain berbakat yang boleh diketengahkan.

Jadi kalau diikutkan pemain sudah ada keserasian sudah bermain lama bersama dan sudah mengenali karakter masing masing. Ia sepatutnya menjadi satu kelebihan buat pasukan futsal kebangsaan. Tetapi sebenarnya ia tidak cukup jika seseorang itu tidak berdisiplin.

Maksud disiplin ini bukan sahaja digunapakai di dalam court tetapi di luar court juga. Antaranya cara pemakanan yang pasti kita tidak boleh lari dari nasi, belacan. Kemudian disiplin dari segi latihan, bagi seorang pemain mereka harus ada inisiatif untuk melakukan latihan sendiri kerana mereka tahu latihan dan liga yang mereka jalani tidak cukup. Disiplin yang paling penting adalah mengawal nafsu untuk bermain futsal. Saya tahu sebagai seorang pemain gian untuk bermain futsal kalau boleh hari hari nak main futsal, dan ia amat bagus tetapi sebagai seorang pemain mereka harus menggunakan waktu rehat sebaik mungkin. Ini tidak ada beberapa pemain saya lihat keluar dari kem latihan , mereka pergi bermain liga haram, main futsal bersama rakan. Ia merupakan satu perkara yang amat risiko jika berlaku kecederaan pasti memusnahkan karier mereka.

Berbalik kepada pasukan pula jika dilihat persediaan yang dilakukan amatlah baik. Sejak pengambilan coach Marcelo pada tahun 2013 banyak perubahan sebenarnya berlaku kepada pasukan futsal kebangsaan hanya sedar atau tidak sahaja. Namun ia tidak mengcukupi untuk memberi saingan kepada pasukan futsal terutama di Asia. Jika dilihat dari persiapan seronok melihat pemain futsal kebangsaan ke sana ke sini melakukan perlawanan persahabatan namun ilmu yang mereka dapat tidak digunakkan sebaik mungkin.

Namun pada pendapat saya sudah tiba masa pengurusan memberi peluang kepada muka muka baru untuk mencuba nasib, walaupun ia berisiko dan tidak dapat memberi keputusan dalam jangka masa pendek namun untuk jangka masa pangjang ia pasti membuahkan hasil.

Program pembangunan harus juga diadakan jika ingin melihat pasukan Malaysia menjadi satu pasukan yang digeruni satu hari nanti namun ia perlulah dijaga dengan baik. kita bukan tidak ada bakat muda,banyak sebenarnya seperti pasukan futsal MILO bawah 16 yang menjuarai kejohanan di Thailand tahun lepas. Bangga melihat mereka bermain dengan penuh semangat juang yang tinggi. Dan saya diberitahu akan ada kejohanan futsal AFC bawah 21 tidak lama lagi . Jadi persediaan boleh dilakukan dari sekarang.

Sampai bila kita ingin berada di takuk lama dengan alasan yang sama setiap tahun. Lihat sahaja pasukan Vietnam yang layak ke Piala Dunia Futsal 2016 di Colombia sedangkan mereka hanya satu pasukan yang mudah kita jinakkan satu ketika dulu. Malah mereka hanya 4 kali bermain di kejohanan AFC sedangkan Malaysia sudah 11 kali penampilan. Sama sama kita renungkan.

Di sini bukan niat saya untuk menyalahkan mana mana pihak. Ia hanyalah sekadar perkongsian bersama buat semua. Mungkin ada yang benar ada yang silap. Siapa makan cili dia terasa pedas.

Mohon Maaf dari peminat futsal Malaysia

Yang benar
Mr . Z

 

KREDIT FOTO : AFC & Futsal Whites - New Zealand National Futsal team