Siapa bakal mengisi portfolio Futsal & Bola Sepak Pantai?

Sabtu lepas berlangsungnya kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ke-57 dan lengkap sudah senarai penuh Ahli Jawatakuasa Eksekutif FAM untuk penggal 2021-2025. Seperti semua sedia maklum Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengekalkan jawatannya sebagai Presiden FAM selepas menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Ahli Jawatakuasa ada beberapa muka baru dan sudah pasti akan ada perubahan bagi tugasan yang akan dipikul semua barisan exco nanti. Untuk portfolio Futsal & Bola Sepak Pantai, sebelum pengerusi untuk unit ini disandang Datuk Haji Rosmadi Ismail dan boleh katakan beliau menjalankan tugas dengan baik. Beberapa inisiatif dan kejayaan berjaya diraih untuk futsal terutamanya dibawah seliaan beliau.

Datuk Haji Rosmadi akan terus kekal memegang jawatan Naib Presiden untuk penggal 2021-2025 tapi portfolio apa beliau akan pegang nanti kita kena tunggu dan lihat. Kemungkinan akan ada portfolio dan tugas baru untuk beliau atau akan terus mengetuai futsal dan bola sepak pantai untuk penggal baru ini.

Siapa jua yang akan memegang portfolio ini semoga dapat meneruskan dan membantu membawa futsal dan bola sepak pantai ke tahap yang lebih baik nanti.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM 2021-2025:

Presiden
Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Timbalan Presiden
Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi
Dato’ Sivasundaram

Naib Presiden
Dato Seri Hari Rosmadi Ismail
Mohd Joehari Mohd Ayub
Mohd Firdaus Mohamed
Dato’ Posa Haji Majais

Setiausaha Agung
Stuart Ramalingam

Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Dato’ Jefferey Low
Saaran Nadarajah
Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Christopher Raj
Dato’ Sri Shahril Mokhtar
ACP Md Dali Wahid
Dato’ Adly Shah
Syed Yazid Syed Omar
Dato’ Suraya Yaacob
Dr. Siti Faidul Maisarah