Shalma Dari Dunia Seni Ke Arena Futsal

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa pengacara rancangan televisyen, Motif Viral iaitu Shalma Ainaa Bruhanuthen bermain di LFK pada musim ini.

Pengacara kelahiran Kuala Lumpur ini mewakili pasukan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, Shalma belum diberikan peluang beraksi sepanjang 6 perlawanan ini kerana mengalami kecederaan.

Shalma mula bermain futsal sejak usia 15 tahun dan ini merupakan tahun pertamanya bermain secara profesional di LFK 2018.

“Futsal is my passion sejak dulu lagi”, katanya dengan penuh semangat.

Pemain yang berusia 27 tahun ini berharap agar dirinya mampu menjadi pemain yang cemerlang untuk pasukan dan mampu bermain seperti di usia remaja dengan penuh bertenaga serta berharap pasukannya dapat pergi lebih jauh.

Negeri Sembilan kini menduduki kedudukan ke-6 dengan meraih 3 kemenangan dan 3 kekalahan.

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie