Shafik Ezdee Mahu Pemain Teruskan Momentum Kemenangan

Pasukan KL Petaling Putra mulakan aksi mereka pada musim ini dengan kemenangan keatas pasukan T-Team dengan jaringan 5-2.

Menurut ketua jurulatih pasukan itu, Mohd Shafik Ezdee pada awalnya mereka sedikit kerisauan untuk bertemu pasukan naib johan musim lalu ini. Memandangkan pasukan T-Team ini sentiasa melakukan kejutan pada musim lalu membuatkan kami  perlu berhati-hati.

Namun kelebihan berpihak kepada pasukan KL Petaling Putra untuk memenangi perlawanan tersebut apabila para pemain berjaya menunjukkan aksi disiplin dan bertenaga dari awal perlawanan.

Ini merupakan penampilan kedua buat KL Petaling Putra di LFK selepas menamatkan saingan LFK 2015 ditangga terakhir.

Pada aksi minggu kedua minggu ini KLPP akan menghadapi sedikit kesukaran apabila akan bertemu dua pasukan pilihan iaitu Felda United dan Pahang.

" Untuk perlawanan minggu ini saya berharap pemain dapat memberikan fokus apabila bertemu juara bertahan Felda United dan juga Pahang. Saya sedar atas kemampuan pasukan lawan yang memiliki pemain-pemain bintang namun saya masih optimis para pemain saya mampu berikan aksi terbaik," ujar Shafik.