Senarai Penuh Pemain Skuad Negara Di Kejohanan AFC Futsal Wanita 2015

Setelah hampir sebulan membuat penilaian serta mengkaji keupayaan setiap pemain yang dipanggil bagi latihan pusat skuad kebangsaan sebelum ini dan hari ini ketua jurulatih, Chiew Chun Yong telah menamakan 16 pemain untuk membawa cabaran Malaysia di Kejohanan AFC Futsal Wanita yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Seperti dijangka ayam tambatan setiap pasukan utama di Liga Futsal Kebangsaan 2015 turut tersenarai seperti Fatin Shahida Azmi ( MPSJ ), Rina Jordana Adnan ( Selangor ), Farahiyah Ridzuan ( Felda United ) dan Usliza Osman ( Sabah ). Kehadiran mereka sudah pastinya dapat memberikan tonik berguna buat pasukan bagi digandingkan bersama pemain lain yang berjaya memikat panel kejurulatihan.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu dijadual bermula 21 hingga 26 September dan akan disertai oleh 8 buah negara. Malaysia selaku tuan rumah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama pasukan gergasi Asia iaitu Iran, Uzbekistan dan Hong Kong manakala kumpulan A pula menyaksikan Jepun, Thailand, China dan Vietnam diundi bersama.

Malaysia akan memulakan aksi menentang Uzbekistan pada 21 September jam 4.30 petang. Hong Kong menanti pada keesokkan hari juga pada 4.30 petang dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan berlangsung jam 7.00 malam bagi menentang Iran pada 23 September.

1) Fatin Shahida Binti Azmi ( MPSJ )
2) Nur Shazreen Binti Munazli ( MPSJ )
3) Asma Junaidi ( Sabah )
4) Dadree Rofinus ( Sabah )
5) Usliza Binti Usman ( Sabah )
6) Masturah Binti Majid ( Sabah )
7) Siti Asnidah Binti Zamri ( Selangor )
8) Sity Norazizah Binti Jamal ( Selangor )
9) Rina Jordana Binti Adnan ( Selangor )
10) Farhana Binti Abdullah ( Selangor )
11) Nur Izzati Binti Khairuddin ( Selangor )
12) Noor Asyikin Binti Mohamad Noor ( Felda United )
13) Nurul Atiqa Binti Zaifulizan ( Felda United )
14) Farahiyah Binti Muhd Ridzuan ( Felda United )
15) Norhawa Binti Md Yassin ( Felda United )
16) Siti Noor Halimi Binti Hussain ( Felda United )

Artikel Oleh : Meor AFM