Senarai Penuh Pemain Futsal Negara Ke Kejohanan Futsal AFF 2015

Teka teki mengenai pemain yang akan menggalas tanggungjawab di Bangkok terungkai apabila senarai penuh 16 pemain telah dikenalpasti bagi Kejohanan Futsal AFF 2015.

Penyenaraian semula tonggak Felda United dan Selangor MPSJ, Abu Haniffa Hassan dan Firdaus Razali yang tidak beraksi ketika Kejohanan Futsal Komanwel 2015 di New Zealand dilihat mampu menambah kekuatan skuad bimbingan Marcelo Serpa yang dibantu oleh Addie Azwan Zainal dan Mohd Fairuz dalam misi untuk melayakkan diri ke Kejohanan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan.

Peledak utama, Fawzul Hadzir dan Khairul Effendy Bahrin terus menjadi sandaran bagi mempamerkan aksi positif serta menghadirkan ceria buat peminat futsal tanah air.

Penolong jurulatih, Addie Azwan Zainal yang ditemui nyata berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh anak buahnya pada perlawanan persahabatan yang dilalui bermula dengan aksi perlawanan persahabatan di Jepun dan diakhiri dengan aksi menentang Lebanon.

"Para pemain nyata mempamerkan aksi terpuji sepanjang perlawanan persahabatan yang dihadapi dan mereka juga turut mengikuti segala arahan yang diberikan. Saya harap pemain yang terpilih dapat memberikan yang terbaik untuk mencapai kejayaan buat skuad negara", ulas beliau.

"Apa jua cabaran yang mendatang ketika aksi di Bangkok harus ditempuh dengan semangat kerjasama yang utuh dalam diri setiap pemain yang terpilih dan semoga kita dapat melayakkan diri ke Kejohanan AFC 2016 di Uzbekistan nanti",ujar beliau yang optimis dengan peluang skuad negara.

Berikut adalah senarai terakhir pemain dipanggil bagi menghadapi Kejohanan Futsal AFF 2015 bertempat di Bangkok, Thailand :

1)Ahmad Fawzul Hadzir
2) Saiful Nizam Mohamad Ali
3) Azrul Hadee Mohd Taufiq
4) Muhammad Fitri Mohd Yatim
5) Qaiser Heshaam Abdul Kadir
6) Muhammad Akmal Yazadh Amri
7) Abu Haniffa Hassan
8) Saiful Aula Ahmad
9) Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin
10) Muhammad Shamar Fadzil
11) Mohd Firdaus Razali
12) Syed Aizad Daniel Syed Nasir
13) Muhammad Shamsul Akmar Zamri
14) Mohd Noor Azrin Adnan
15) Akmarulnizam Mohd Idris
16) Mohd Ridzwan Bakri

Artikel : Wak Meor