Senarai Pemenang Liga Futsal Kebangsaan

Selepas setahun Liga Futsal Kebangsaan menyepi akhirnya ia akan kembali bermula minggu ini dimana 10 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita akan berentap bagi edisi 2017 ini.

Namun agak sukar untuk menentukan pasukan manakah akan menjadi juara memandangkan ia masih awal dan setelah setahun menyepi adakah kesemua pasukan dan pemain mampu untuk memberikan saingan yang menarik pada kali ini.

Pada edisi terakhir musim 2014/2015 pasukan Felda United berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki manakala pada Selangor berjaya menjuarai bagi kategori wanita.

LFK musim 2017 ini akan menemui para peminat bermula 11 Februari 2017 ini dan akan berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan.

Berikut merupakan senarai pemenang Liga Futsal Kebangsaan

Kategori Lelaki

2004 : PDRM

2005/2006 : AOB Teras Selatan

2007 : Johor FC

2008/2009 : KL Figos RSA FC

2009/2010 : KL Figos RSA FC

2010/2011 : Selangor FA

2011/2012 : PKNS FC

2013/2014 : Felda United FC

2014/2015 : Felda United FC

Kategori Wanita

2007 : MAKSAK

2008/2009 : PDRM FC

2009/2010 : Selangor FA

2010 : Selangor FA

2011/2012 : PKNS FC

2013/2014 : MPSJ FC

2014/2015 : Selangor FA