SENARAI 20 PEMAIN SKUAD FUTSAL WANITA KEBANGSAAN BAGI EMPAT AKSI PERSAHABATAN DI INDONESIA

Berikut senarai 20 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk ke Bandung, Indonesia dari 15 hingga 22 April ini bagi menghadapi empat perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, 2 hingga 12 Mei depan.

BIL NAMA UMUR POSISI

PASUKAN

1.

NUR IZZATI KHAIRUDIN

30

ALA

FELDA UNITED

2.

HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

26

FIX

FELDA UNITED

3.

SITI ASNIDAH ZAMRI

19

ALA

FELDA UNITED

4.

ZUR’AIN KAMARUDIN

21

PIVOT

FELDA UNITED

5.

INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI

19

ALA

FELDA UNITED

6.

SITI NUR ATIQAH RASHID

26

PIVOT

FELDA UNITED

7.

WAN ZUFIRAH MOHD NASIR

25

GK

SELANGOR UNITED MPSJ

8.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

25

FIX

SELANGOR UNITED MPSJ

9.

NORHAWA MD YASIN

25

FIX

SELANGOR UNITED MPSJ

10.

STEFFI SARGE KAUR

30

PIVOT

SELANGOR UNITED MPSJ

11.

FATIN SHAHIDA AZMI

27

ALA

SELANGOR UNITED MPSJ

12.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

26

FIX

PERAK

13.

NUR HANIZA SAARANI

22

ALA

PERAK

14.

NUR FADHILAH SHAIK SHAHARUDDIN

23

ALA

PERAK

15.

NOORASYIEMAH MOHAMAD RASHID

24

GK

PERAK

16.

SYAZALINA MOHD AFFANDI

27

FIX

PERAK

17.

MASYITA MOHD TAJIB

29

ALA

NEGERI SEMBILAN

18.

NOOR HEDAYAH MD AMIN

31

PIVOT

NEGERI SEMBILAN

19.

RABIAH BISHRIYAH ABDUL KADIR

20

ALA

SARAWAK

20.

CASSANDRA DEVI JEREMIAH

25

GK

LIGA IPT - UM

Di Bandung nanti, skuad futsal wanita kebangsaan dijadual akan bertemu kelab ISOLA FC pada 17 April, skuad futsal wanita kebangsaan Indonesia pada 18 dan 19 April serta kelab FKB FC pada 21 April.

Addie Azwan yang dilantik sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan Muizzudin Haris akan dibantu oleh Mohd Arif Hamidi Sayuti selaku penolong jurulatih dan Azlizan Ilyas selaku jurulatih penjaga gol.

Pada Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 nanti, skuad futsal wanita kebangsaan yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai saingan menentang Bangladesh pada 2 Mei, sebelum bertemu Chinese Taipei pada 4 Mei dan Vietnam pada 6 Mei. Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Bangkok Arena.

Pada edisi pertama iaitu pada tahun 2015 di Nilai, Negeri Sembilan, skuad futsal wanita kebangsaan berjaya mengakhiri kempen di tempat keempat.

 

Sumber: FAM