Senarai 18 Pemain Dipanggil Ke Latihan Pusat Pasukan Futsal Kebangsaan

Setelah melakukan beberapa pemerhatian oleh barisan kejurulatihan Pasukan Futsal Kebangsaan di LFK 2017 sirkit sebelum ini, mereka telah menyenaraikan 18 pemain untuk menyertai latihan pusat fasa 2 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 31 Mac 2017 ini.

Daripada 18 pemain itu 13 pemain yang beraksi di Kejohanan Futsal AFF 2016 Januari lalu dikekalkan hanyaMohd Ridzwan Bakri yang mewakili pasukan Pahang tidak disenaraikan pada kali ini. Selain itu, ketua jurulatih Malaysia Chiew Chun Yong turut memanggil 4 muka baru iaitu Yazid Bin Kamaruzuan (Melaka United), Muhamad Arif Johan Bin Johari (KL TPD), Ahmad Jazlan Bin Jalil (T-Team) dan Muhammad Farikh Bin Khabibor Rahman (Perak) yang merupakan pelatih pasukan Malaysia U20.

Berikut merupakan senarai penuh 18 pemain yang dipanggil :

  1. Abu Haniffa Hassan (Melaka United)
  2. Muhammad Awaluddin Hassan (Melaka United)
  3. Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Melaka United)
  4. Saiful Aula Ahmad (Melaka United)
  5. Mohd Firdaus Razali (Melaka United)
  6. Saiful Nizam Mohamad Ali (Melaka United)
  7. Yazid Kamaruzuan (Melaka United)
  8. Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United)
  9. Mohd Azwann Ismail (Felda United)
  10. Muhammad Azri Rahman (Felda United)
  11. Syed Aizad Daniel Syed Nasir (Felda United)
  12. Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United)
  13. Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang)
  14. Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak)
  15. Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak)
  16. Muhamad Arif Johan Johari (KL TPD)
  17. Ahmad Jazlan Jalil (T-Team)
  18. Muhammad Syafiq Hamzah (KL City)