Semoga Berjaya Pasukan Futsal Malaysia U-20!

3 persahabatan yang dihadapi pasukan futsal Malaysia u-20 sedikit sebanyak membantu persiapan pasukan ini menjelang Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 di Bangkok, Thailand dari 16 hingga 26 Mei ini.

2 kemenangan ke atas Pahang dan Kuantan Rangers serta 1 kekalahan dengan Juara LFK 2017, Melaka United berjaya diperoleh pasukan muda kita ini.

Melihat atas permainan yang ditunjukkan mereka membawa satu petanda positif untuk pasukan negara untuk menghadapi kejohanan pertama mereka nanti.

Pada kejohanan itu nanti Malaysia akan bertemu tuan rumah Thailand pada 16 Mei diikuti Afghanistan (17 Mei), Bahrain (18 Mei), Iraq (19 Mei) dan Brunei (20 Mei) untuk lima aksi Kumpulan A di Bangkok Arena.

All the best buat kesemua pemain muda kita. Buat yang terbaik demi negara.