Semoga Berjaya Anak Muda

Dua pasukan dari Malaysia iaitu pasukan Politeknik Malaysia serta KPT-IIUM Mustangs akan beraksi di Gubernur NTB Cup di Mataram, Indonesia pada 8 hingga 14 Ogos ini.

13686742_10209119941748182_2662211056022901535_n

Gubernur NTB Cup 2016 merupakan kejohanan tahunan dan pada tahun ini ia memasuki tahun keempat kejohanan.

Kejohanan terbuka ini telah menarik beberapa pasukan daripada seluruh Indonesia serta dua pasukan dari malaysia yang merupakan pasukan yang terdiri daripada pelajar politeknik dan juga universiti.

13903354_10209119943308221_4739865886614579875_n

Seperti kita tahu matlamat kedua dua pasukan ini adalah untuk melahirkan pemain yang berkualiti dan membawa mereka ke peringkat tertinggi. Platform kejohanan ini digunakan bagi memberikan pendedahan kepada pemain pemain muda ini untuk bermain di peringkat antarabangsa.

Jika dilihat penyertaan pasukan untuk kejohanan ini bukan calang-calang pasukan. 3 pasukan yang bermain di Pro Futsal League (Liga utama) turut mengesahkan penyertaan iaitu pasukan tuan rumah Vamos Mataram dan Mataram FC serta pasukan BJL 2000 Semarang.

Pasukan Vamos Mataram yang merupakan naib johan Pro Futsal League 2016 pasti menggunakan kejohanan ini sebagai satu medan persediaan menjelang musim baru liga mereka.

Malah pasukan pasukan lain juga akan memberikan saingan yang kuat antaranya pasukan PON Maluku Utara, PON Jawa Barat dan PON Bali yang mengumpulkan pemain-pemain terbaik di daerah mereka.

Kejohanan ini pasti memberikan satu pengalaman yang baik bagi kedua-dua pasukan dari Malaysia ini. Ini juga merupakan persediaan bagi mereka yang akan menghantar penyertaan ke pusingan kelayakan liga futsal kebangsaan yang dijangka bermula bulan 10 kelak.

Semoga berjaya buat pasukan Politeknik Malaysia dan KPT-IIUM Mustang di Indonesia.

Foto : Vamos Vataram & Futsal Planet