Semangat Juang Tinggi Peroleh Kemenangan Pertama

Pasukan futsal Harimau Malaysia peroleh kemenangan pertama di kejohanan futsal AFF 2016 sebentar tadi apabila berjaya menewaskan pasukan Indonesia.

Ketinggalan 5-3 pada babak pertama skuad kendalian Chiew Chun Yong ini bangkit pada separuh masa kedua. Perubahan corak tektikal yang pada separuh masa kedua tampak mengejutkan pihak lawan apabila pasukan Harimau Malaysia berjaya mencari gol dan sekaligus memenangi perlawanan itu dengan jaringan 6-5.

Menurut Chiew Chun Yong ketika dihubungi beliau amat bangga dengan semangat yang ditunjukkan para pemainnya.  Walaupun ketinggalan seawal minit ke 5 para pemain tidak mudah berputus asa dan bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut.

"Para pemain saya telah mengikuti arahan serta tektikal yang telah dirancang.  Melawan pasukan yang baik seperti Indonesia memerlukan satu semangat juang yang tinggi dan itu ditunjukkan oleh para pemain" kata beliau.

Tambahnya

"Masuk separuh masa kedua saya telah menukar tektikal permainan dan menutup segala kelemahan serta memintas corak permainan Indonesia yang gemar melakukan "counter attack".

"Saya tidak nafikan pasukan Indonesia lebih bersedia daripada kami untuk kejohanan ini namun para pemain telah membuktikan sesuatu dan menang perlawanan penting ini".

Jaringan pasukan Harimau Malaysia tadi dijaringkan 1 gol oleh Abu Haniffa, Azri Rahman, Akmarulnizam, Azwann Ismail dan 2 gol daripada Ridzwan Bakri

Esok pasukan futsal Harimau Malaysia akan bertemu pasukan Laos di perlawanan kedua pada jam 4.30 waktu Thailand.