Selepas Petrus Shitembi dan Carli de Murga. Ini 3 lagi bakal menjadi pemain import Terengganu FC.

Semalam pasukan Terengganu FC telah mengumumkan kehadiran 2 tonggak import pertama mereka untuk musim depan bermula dengan Petrus Shitembi kemudian Carli de Murga.Petrus Shitembi yang berasal dari Namibia tidak lagi perlu diperkenalkan dengan suasana di Malaysia kerana sebelum ini dia merupakan pemain pasukan Sabah. Dikenali dengan gelaran ‘The Dancing Shoes’, Petrus akan bermain di posisi tengah mengantikan posisi bekas kapten, Lee Tuck.

Selepas itu Terengganu FC tak tunggu lama untuk mengumumkan Carli de Murga sebagai pemain import mereka yang seterusnya. Dibawa masuk atas slot import Asean, pemain kacukan Filipina dan Sepanyol ini akan memperkuatkan barisan pertahanan nanti. Dengan ketinggian 1.8 meter dan mempunyai fizikal yang baik pasti dapat membantu pasukan untuk musim depan.

Mereka berdua sudah pun menjalani latihan pertama semalam bersama pasukan dan tampak tiada masalah untuk cepat membiasakan diri.Kini tinggal 3 lagi slot pemain import yang bakal diumumkan Terengganu FC dan ada beberapa calon yang berkemungkinan besar bakal sertai pasukan ini.

Christopher Herd
Memulakan karier dia di Aston Villa dan kemudian berhijrah ke beberapa pasukan, pemain asal Australia ini bakal menjadikan Terengganu FC pasukan yang seterusnya. Seorang pemain yang versatil kerana boleh bermain di beberapa posisi.

David Da Silva
Penyerang dari Brazil ini dikaitkan rapat bakal mengetuai jentera serangan Terengganu musim depan selepas dia sah meninggalkan Persebaya Surabaya kerana tidak pasti masa depan Liga Indonesia yang masih terhenti.

Makan Konate
Pemain yang pasti peminat Terengganu FC sudah kenal kerana sebelum ini dia pernah bersama pasukan T-Team di saingan Liga Malaysia pada 2016-2017. Pemain tengah ini banyak bermain di Indonesia dengan beberapa pasukan dan pasukan terakhirnya adalah Persebaya Surabaya sama dengan David da Silva.

Berdasarkan pemerhatian kami, Christopher Herd sudah pun berada di Malaysia dalam tempoh kuarantin di Kuala Lumpur manakala David da Silva dan Makan Konate dalam proses menyelesaikan masalah visa sebelum mereka hadir ke Malaysia.

Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi Terengganu FC. Video pengenalan pemain import mereka power!