Selangor United MPSJ Sudah Bersedia!

Sebentar tadi telah berlansungnya Majlis Pelancaran Pasukan Futsal Selangor United MPSJ di Laman Kenanga, MPSJ. Seperti kita tahu musim ini mereka akan kembali berakdi di Liga Futsal Kebangsaan 2018 yang akan membuka tirai hujung minggu ini.

Majlis tersebut telah berlansung dengan jayanya apabila kesemua pemain telah diperkenalkan kepada YDP MPSJ, tetamu kehormat serta rakan-rakan media yang hadir.

Menurut YDP MPSJ, YDH. TPr. Hajah Noraini binti Haji Roslan beliau berharap skuad Selangor United MPSJ kali ini dapat memberikan saingan yang baik dan meraih kejuaraan pada musim ini.

Sebentar tadi juga sesi penyerahan jersi baru pasukan tajaan The Printing Dudes kepada para pemain. Dua set jersi home dan away akan ditaja oleh TPD bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita.    

Seperti kita tahu MPSJ bukan calang-calang pasukan. Kembalinya mereka pada musim ini pasti akan merancakkan lagi saingan pada kali ini. Mereka berjaya muncul antara 2 pasukan yang layak dari pusingan kelayakan bulan lepas.

Skuad mereka kali ini tetap dibarisi oleh pemain-pemain yang sama seperti dulu antaranya Syed Aizad Daniel, Firdaus Razali dan Aidil Shahril yang merupakan pemain futsal kebangsaan. Tidak lupa untuk kategori wanita mereka mempunyai Steffi Sidhu, Nur Shazreen dan Norhawa Md Yasin yang bukan lagi nama asing bagi futsal wanita.

Apa yang menarik bagi saingan mereka kali ini gandingan dua jurulatih yang bakal melatih kedua-dua pasukan ini iaitu Addy Shairullyzam dan jugak Mohd Fairuz.

Berikut merupakan aksi minggu pertama untuk pasukan Selangor United MPSJ:

24 Februari

MPSJ vs Pahang (L) - 12pm

MPSJ vs PDRM (W) - 1.30pm

25 Februari

Melaka vs MPSJ (L) - 9am

Felda United vs MPSJ (W) -4.30pm