Selangor United MPSJ Sasar Tangga Kedua Liga

Selepas beberapa bulan berehat, kini LFK 2018 diteruskan lagi di musim kedua dengan kemunculan ramai pemain muda.

Wakil AFM berpeluang bersama kapten pasukan Selangor United MPSJ, Mohamad Farid Bin Mohamad, bagi mendapatkan komen tentang pasukan pada musim ini.

Mohamad Farid atau dikenali sebagai Ayip telah mengesahkan bahawa beberapa muka baru yang menyertai MPSJ musim ini. Antaranya ialah Afif Asyraf, Shah Azman @ Kecik (Kuantan Rangers, Ashraff Jalal (KL City) dan Azamuddin Hassan (KL City)

MPSJ salah sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain muda, Ayip mengesahkan bahawa mereka mengalami sedikit kesukaran dalam memahami permainan di antara pemain senior dan pemain baru.

Oleh hal yang demikian, latihan yang kerap dilaksanakan bagi memperkuatkan lagi tektikal dan wujudkan kesefahaman di antara mereka.

Sebagai seorang kapten, Ayip meletakkan target yang tinggi terhadap pasukannya. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kekalahan pertama di hari pertama perlawanan sabtu lalu.

“Target semestinya juara. Tapi, mata yang terlalu jauh dengan pasukan lain. Jadi, saya meletakkan target pasukan di tempat yang kedua”, katanya.

Keputusan MPSJ perlawanan minggu pertama musim kedua:
Selangor United MPSJ 2-5 Perak
Selangor United MPSJ 5-3 Pahang