Selangor TOT United Pasukan Baru di MPFL 2021?

Belum ada kenyataan rasmi lagi daripada FAM, tapi difahamkan Selangor TOT United bakal menjadi pasukan baru yang akan bertanding di Malaysia Futsal Premier League 2021.

Tot United bukan satu nama asing lagi dalam arena futsal tempatan, banyak kejohanan amatur mereka berjaya muncul juara malah pernah membawa nama Malaysia di kejohanan antarabangsa seperti di Rusia, Brazil dan Thailand.

Berdasarkan pemerhatian AFM di laman sosial, Selangor TOT United sudah memulakan latihan rasmi mereka di Republic of Futsal Petaling Jaya. Kalau tengok barisan pemain semua memang ada pengalaman dalam Liga Futsal Kebangsaan mahupun MPFL sebelum ini. Dengan gabungan pemain ini AFM rasakan pasukan ini bakal menjadi pencabar utama nanti atas factor pengalaman serta keserasian para pemain yang sebelum selalu bermain bersama di kejohanan amatur.

Kalau tak silap AFM, pasukan ini akan dibimbing oleh coach Taufik Yaiyah dibantu oleh coach Izuwan Hayat dan coach Shazwan Razak.

Pemain-pemain yang dapat dikesan oleh pihak kami yang telah memulakan sesi latihan bersama TOT United adalah pemain-pemain yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam saingan LFK/MPFL lepas. Bintang muda yang bakal menjadi sandaran juga dikesan. Sebahagian daripada list pemain mereka adalah seperti berikut.

Azrin Adnan – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Hazizi Mansor – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Mulhim Muqri Faisal – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Hazreen Ali – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Aidil Rosli – Ex-Perak > Selangor TOT United
Muhamad Hazwan – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Ahmad Azim Bin Mohammad – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Muhammad Addli – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Muhd Taufik Bin Abdul Wahab – Kuala Lumpur > Selangor TOT United
Shahril Annuar – Kuala Lumpur 2018 > Selangor TOT United
Helmi Imran – Kuala Lumpur 2018 > Selangor TOT United
Muhammad Zaim Azim – Kuala Lumpur > Selangor TOT United

Menarik bila ada pasukan baru untuk musim ini dan difahamkan ada lagi beberapa pasukan baru yang pasti akan diumumkan secara rasmi oleh penganjur, FAM nanti.