Selangor Sah Tempat Ke Separuh Akhir Grand Final LFK 2015

Selangor berjaya menjadi pasukan kedua layak ke peringkat separuh akhir setelah Felda United mengesahkan tempat mereka di separuh akhir apabila berjaya menewaskan pasukan Selangor MPSJ 5-2. Walaupun seri dengan pasukan Melaka namun mereka masih layak kerana kelebihan mata.

Perlawanan tadi penuh dengan kontoversi apabila perlawanan tersebut terpaksa diberhentikan beberapa kali. Ini ada kerana kehadiran Ultras yang sedikit menggangu perlawanan sehingga jurulatih pasukan Melaka memanggil kesemua pemain keluar dari gelanggang.

Namun perlawanan di teruskan semula sehingga tamat perlawanan. Para pengadil harus diberi pujian kerana berjaya mengawal perlawanan yang penuh dengan aksi yang pantas dan agresif oleh kedua-dua pasukan.

Pasukan Selangor yang pada awal nya mendahului Melaka dengan jaringan 3-1 tewas pada 5 minit terakhir dengan corak permainan "five man" Melaka yang boleh dikatakan berbisa dan mereka berjaya mendapatkan 2 gol untuk seri bersama Selangor.

Nasib tidak menyebelahi pasukan Melaka kali ini. Mereka terpaksa akur dengan keputusan ini. Tahniah buat pasukan Selangor dan juga Felda United dari kumpulan A yang telah layak ke peringkat separuh akhir.

Kini tinggal 2 lagi pasukan yang bakal diketahui keputusan malam ini. Kini sedang berlangsung perlawanan antara Kedah dan juga Perak.

Foto : Futsal Selangor