Selangor MPSJ Mahu Bangkit

Kekalahan dua perlawanan pertama pasukan Selangor MPSJ di minggu pertama minggu lalu mengejutkan ramai peminat futsal tanah air. Mereka telah tewas 5-4 dengan pasukan baru Quilmes Ambush dan juga tewas dengan pasukan T-Team dengan jaringan 6-3.

Pasukan MPSJ yang kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan tampak memberi impak yang jelas apabila kebanyakkan para pemain yang diturunkan gagal untuk mempamerkan corak permainan yang sebenar. Rata-rata pemain yang diturunkan adalah pemain-pemain muda

Finalis Liga Futsal Kebangsaan musim lepas ini bakal memulakan perlawanan pada minggu kedua ini dimana mereka akan beraksi menentang pasukan Pahang. Kemudian mereka akan bertemu dengan pasukan Sang Kenari iaitu Kedah pada perlawanan kedua di minggu ini.

Barisan kejurulatihan pasukan ini pasti akan menukar strategi dan corak permainan bagi mencari kemenangan pertama untuk musim ini. Kelemahan dan kesilapan yang dilakukan mereka tempoh hari pasti menjadi satu iktibar untuk mereka bangkit pada minggu ini dengan satu semangat yang baru.

Namun untuk minggu ini mereka terpaksa bermain tanpa ketua jurulatih iaitu coach Ruzaley kerana beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Ketiadaan jurulatih serta beberapa pemain utama yang masih mengalami kecederaan pasti menyukarkan lagi misi mencari tiga mata pertama.