Selangor Kenduri Gol

Pasukan futsal wanita Selangor memulakan perlawanan mereka di minggu kedua ini dengan kekalahan ke atas pasukan Felda United. Perlawanan yang sengit apabila kedua-dua pasukan kerap membalas serangan antara satu sama lain.

Ketangkasan penjaga gawang pasukan Selangor harus dipuji apabila mereka hanya tewas tipis dengan pasukan Felda United dengan jaringan 1-0. Namun untuk perlawanan kedua Selangor bangkit untuk membawa pulang 3 mata apabila mereka menang besar ke atas pasukan Sarawak DBKU dengan jaringan 15-2.

Kini pasukan futsal wanita Selangor menduduki tangga kedua dengan mengumpul 9 mata bersama pasukan Selangor MPSJ yang juga mengumpul 9 mata.

Bagi kategori lelaki pula, pasukan Felda United, Selangor MPSJ dan juga Perak berjaya membawa pulang mata penuh iaitu 6 mata setelah mereka peroleh kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Felda United yang masih gah di persada liga kini diekori rapat oleh pasukan Perak dengan perbezaan 2 mata. Pasukan Perak yang masih mempunyai rekod bersih tanpa kalah mula menjadi salah satu pasukan yang perlu di beri perhatian pada musim ini.

Keserasian para pemain dan juga tektikal yang digunakan oleh barisan kejurulatihan tampak memberi kesan yang positif kepada pasukan dan juga para pemain.

Difahamkan juga beberapa pemain dari pasukan Perak telah menarik perhatian barisan kejurulatihan pasukan Futsal Kebangsaan untuk diserapkan kedalam pasukan. Semoga berjaya buat kesemua pemain yang bakal dipanggila ke latihan pusat kelak.

Foto : Futsal Selangor