Selangor Junior League 2017 !

Berita baik buat peminat futsal terutama di Selangor apabila sebuah liga futsal remaja akan dijalankan pada bulan ini dan ia dikenali sebagai Selangor Juniors League 2017.

Selangor Juniors League 2017 adalah inisiatif pihak Football Selangor bagi mencapai visi dan misi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah untuk mewujudkan sebuah masyarakat belia yang lebih bertenaga dan dinamik di Selangor.

Liga futsal ini akan berlangsung pada 18 Mac 2017 sehingga Mei 2017.

Objektif utama penubuhan Selangor Juniors League 2017 adalah langkah pertama terhadap pembangunan futsal dan bola sepak pada peringkat akar umbi di negeri Selangor.

Sebanyak 64 pasukan akan menyertai Selangor Juniors League dan akan melibatkan kategori bawah 13 tahun, bawah 14 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 16 tahun.

Untuk makluman lanjut sila hubungi urusetia kejohanan di 014 890 5560 atau  layari laman web www.footballselangor.my.


Football Selangor adalah organisasi yang memberi tumpuan kepada perkara yang penting kepada pertumbuhan bola sepak komuniti seperti piawaian, peraturan, pendedahan dan pembangunan. Usaha kami dalam melaksanakan perkara – perkara yang dinyatakan di atas akan tertumpu kepada aspek pertandingan, pembangunan belia, sosial dan futsal.