Selamba Jacky Speaking Dengan Coach Import Pahang.

Dah tengok ke belum video Jacky speaking London lepas tu kacau Ketua Jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas? Video yang tular semalam menerusi Instagram Pahang Rangers kita dapat lihat Jacky cuba temu bual coach Gerard tentang White & Black Cabin di Kuantan, Pahang.

“White & Black Cabin is amazing place, very nice place!”, itu jawab Coach Gerard. Hanya orang ‘special’ je boleh faham soalan Jacky termasuklah Coach Gerard. Kami gelak kaw-kaw tengok video tu! Korang kena tengok baru tahu kelakar ke tak.

tonton di https://www.instagram.com/p/CH2lAFogdLK/

Video yang berdurasi 1 minit 37 saat itu turut terselit kata-kata dari Coach Gerard mengenai pasukan yang dibimbingnya bagi menghadapi MPFL 2021.

“Pahang Rangers adalah pasukan yang terbaik di Malaysia. Saya berharap kami akan menjadi juara tidak lama lagi”, ujarnya yang sememangnya dah tak sabar menanti perlawanan MPFL nanti.

Berbalik kepada Jacky tadi, sebenarnya video asal adalah untuk mempromosikan medan selera tersebut yang mempunyai pelbagai gerai makanan dan servis-servis lain.

White & Black Cabin merupakan medan selera yang berkonsepkan cabin turut menyediakan pelbagai jenis masakan seperti masakan panas, hotplate (sizzling), chinese muslim food, char kuew teow, satay, oden, Takoyaki, coffee house dan pelbagai lagi.

Selain itu, mereka turut menyediakan beberapa servis lain seperti saloon (Muslimah pun boleh pergi, ada ruangan special untuk mereka), barbershop, printing, studio untuk main Play Stations, toys hotwheels, kedai kasut dan banyak lagi.

Apa yang lagi syok, korang boleh buat sambutan hari lahir kat sana. Ruangan tersebut boleh muat sehingga 50 orang. Di samping itu, ia turut memberikan banyak kemudahan kepada pelanggan yang singgah di sana. Antaranya, kemudahan ATM, tempat parkir yang luas, playground untuk anak kecil dan mereka turut menyediakan servis Cash On Delivery (COD).

Waktu operasi mereka :

  • Khamis hingga Selasa (Rabu tutup)
  • Weekdays (5pm hingga 12am)
  • Weekend (5pm hingga 2am)

Sekiranya korang nak info lanjut, boleh terus ke Instagram mereka @white_blackcabinkuantan atau Facebook di White & Black Cabin.

Orang Pahang boleh pergi serbu sekarang. Orang luar Pahang, kita serbu sama-sama lepas habis PKP ni okay!