Sebelum K. Rajagobal, jurulatih Ini Pernah Bersama pasukan Brunei dan dia kongsikan pengalaman di sana.

Baru-baru ini satu berita baik untuk arena bola sepak negara selepas jurulatih Malaysia Datuk K. Rajagobal dilantik sebagai ketua jurulatih baru Brunei Darussalam.Ini selepas penguman rasmi daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Matusin Pengiran Matasan.

“Setelah beberapa minggu penilaian, Jawatankuasa Eksekutif NFABD telah memutuskan untuk melantik Rajagobal dari Malaysia sebagai ketua jurulatih baru Brunei Darussalam selama dua tahun,” kata Pengiran Matusin.

“Diharapkan Rajagobal dapat membawa pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam ke tahap yang lebih tinggi.”

Ini bukanlah kali pertama Brunei melantik jurulatih dari Malaysia kerana sebelum ini, Qusmaini Noor Rusli pernah bersama NFABD tetapi sebagai jurulatih pasukan futsal di sana.

Coach Qusmaini bukan nama asing lagi dalam arena futsal Malaysia, pernah melatih beberapa futsal di Malaysia serta Indonesia dan dia melatih pasukan futsal Brunei pada tahun 2016-2017.

Pengalaman bersama NFABD

“Di Brunei ini ada terbahagi kepada 4 Daerah, Bandar Seri Begawan, Belait, Tutong & Temburong. Ketika saya menjadi coach di sana saya turun ke daerah-daerah ini untuk mencari bakat baru.”

“Dengan penduduk Brunei yang sangat terhad jadi kita terpaksa scouting pemain di kejohanan-kejohanan serta dapatkan connection jurulatih tempatan untuk memperkenalkan pemain-pemain yang berbakat supaya boleh kita boleh bawa. Akhirnya ternyata banyak pemain dari luar bandar yang kita bawa ke pasukan kebangsaan.”

Di Brunei, bola sepak adalah sukan no. 1 dan futsal sukan pula antara sukan yang sangat digemari masyarakat di sana terutama di kalangan remaja serta pemain senior.

Cuma di Brunei ini dia ada peraturan dimana pemain-pemain yang bermain di liga bola sepak tidak boleh bermain di liga futsal. Kalau dah wakil negara untuk bola sepak tidak boleh mewakili pasukan futsal begitu juga sebaliknya.

“Disebabkan peraturuan pemain hanya boleh pilih salah satu sukan. Saya rasa sebenarnya perkara ini jika mereka boleh longgarkan, banyak bakat-bakat di futsal yang boleh bermain di kedua-dua sukan ini memandangkan kapasiti penduduk di negara ini kecil. Mungkin dengan cara ini ia dapat memajukan kedua-dua sukan ini di Brunei.

Coach Qusmaini juga turut berkongsi antara pasukan-pasukan bola sepak yang baik di sana antaranya DPMM FC yang merupakan juara liga Singapura di 2015 dan 2019. Selain itu ada Indera SC (pernah bermain di Piala AFC), MS ABDB, Kasuka FC, Kota Ranger FC dan Wijaya FC. Untuk futsal pula antara pasukan-pasukan yang mula serius di sana antaranya Abrisyam FC, Shah United, KJ, Street United dan Almerez FC.

“Dari segi fasiliti, saya rasa tidak ada masalah yang akan dihadapi kerana di NFABD mereka bekerjasama baik dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei. Malah di NFABD House juga mereka ada padang yang berkualiti baik.”

“Sebenarnya menurut saya untuk pemain-pemain di Brunei ini, perkara yang perlu dititiberatkan adalah kekuatan mental mereka. Bagaimana mental untuk bertanding kerana ini sangat penting.”

“Jika perkara ini dapat diatasi, confident level pasti akan lebih baik, tahu cara membuat keputusan yang baik dan akhirnya ada ‘winning mentality’.”

Coach Qusmaini berharap agar Coach K. Rajagobal akan dapat sokongan sepenuhnya daripada NFABD serta masyarakat di Brunei sekaligus usaha serta pembaharuan yang bakal dilakukan untuk memperkasakan pasukan ini akan berjalan dengan baik.

Mungkin akan ada satu sistem corak permainan yang baru bakal dibawa coach K. Rajagobal di sana. Semoga berjaya coach!