“Saya Mahu Skuad Futsal Wanita Lebih Bersedia” – Addie Azwan

Kemenangan besar ke atas pasukan Bangladesh dengan jaringan, 7-1 di aksi pembukaan Kejohanan Futsal Wanita AFC 2018 semalam masih belum memuaskan hati ketua jurulatih negara, Addie Azwan Zainal.

Menurut Coach Addie, dia masih tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan skuad bimbingannya. Menurutnya para pemain kelihatan kurang fokus dalam dalam permainan dan tidak memberikan aksi yang terbaik.

Namun begitu, dia tetap gembira kerana para pemain berjaya menyempurnakan peluang di depan gol sekaligus memberi kemenangan pertama ini.

Foto: AFC

Perlawanan seterusnya, skuad negara bakal bertemu pasukan Chinese Taipei pada petang esok. Dalam perlawanan semalam, Chinese Taipei tewas tipis kepada Vietnam dengan jaringan, 1-0.

“Untuk aksi esok sudah semestinya kami mahukan kemenangan untuk mara ke pusingan suku akhir. Kami pasti pasukan lawan juga pasti akan memberikan saingan yang sengit esok.”

“Jadi, saya berharap pemain tidak boleh terlalu selesa dan akan lebih bersedia untuk perlawanan menentang Chinese Taipei ini”, kata Coach Addie.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie