SAH ke pasukan Jiran. Brunei Darussalam Tunggu King Gopal Datang.

Selepas semusim tidak mengendali apa-apa pasukan, Datuk K. Rajagobal akan kembali di kancah bola sepak tapi bukan di Malaysia.Bekas jurulatih Harimau Malaya ini sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan bola sepak Brunei Darussalam.Berita ini telah disahkan oleh wartawan Astro Arena sebentar tadi di ciapan Twitter dia

Jurulatih berusia 64 tahun ini tidak asing lagi di Malaysia pernah membimbing skuad negara menjuarai dari tahun 2004 sehingga 2013 meliputi beberapa pasukan junior dan senior.

Kejayaan paling tak boleh dilupakan semestinya ketika membantu pasukan negara menjuara AFF Suzuki Cup pada 2010. Sebelum itu dia membawa skuad B-23 negara meraih pingat emas dalam Sukan SEA Laos 2009.

Beliau telah berjaya menewaskan dua lagi calon pendek untuk jawatan ini iaitu Gerd Zeise bekas jurulatih Myanmar dan juga bekas pengurus Filipina, Michael Weiss. Misi pertama nanti semestinya untuk mempersiapkan pasukan ke AFF Suzuki Cup tahun depan.

Kami ucapkan semoga berjaya untuk coach Raja!