“Sabah Akan Berada di TOP 2 Untuk LFK Musim Ini” - Masturah Majid

Masturah Binti Majid anak kelahiran Kota Kinabalu merupakan kapten bagi pasukan Sabah di LFK 2018. Dia yang bermain di posisi ‘ala’ ini mempunyai pengalaman yang lebih berbanding pemain yang lain apabila mempunyai banyak rekod bersama skuad negara.

Masturah mula bersama skuad futsal negara pada 2015 di Kejohanan Futsal Wanita AFC di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Manakala, penampilan pertamanya bersama pasukan Sabah di LFK adalah pada tahun 2007 dan dia masih aktif bersama pasukan Sabah sehingga kini.

Selain itu, dia juga sering kelihatan bersama skuad bola sepak negara dalam beberapa kejohanan besar. Antaranya adalah Sea Games 2013 di Myanmar, Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2015 di Vietnam, Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2016 di Myanmar dan yang terbaru adalah Sea Games 2017 lalu di Kuala Lumpur.

Apabila bertanyakan tentang Sabah merupakan pilihan juara untuk musim ini. Masturah membalas, “Bagi saya, target sebagai seorang kapten adalah menginginkan pasukan Sabah di ranking top 2 untuk LFK musim ini.”

Kami di Arena Futsal Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan Sabah di LFK 2018!

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie