Royal Van Figos Pro MVP 6 Atau Figos MVP 6?

Seperti yang kami kongsikan di artikel kami sebelum ini Figos telah memperkenalkan 2 produk futsal terbaharu iaitu Royal Van Figos MVP 6 dan Figos MVP 6. Apa beza dua kasut ini dan kasut mana anda perlu dapatkan?

Kalau tanya kami semestinya kami mencadangkan anda perlu dapatkan kedua-dua model kasut ini.

Tiada perbezaan yang ketara bagi kedua-dua model ini. Figos masih memastikan kepuasaan kepada anda jika menggunakan kasut ini.

Bagi Royal Van Figos MVP 6 ia hadir dengan 2 pilihan warna iaitu perak dan hitam manakala bagi kasut Figos MVP 6 hadir dengan 4 pilihan warna iaitu biru, merah champagne, hitam dan perak.

Kelebihan bagi mereka yang menggunakan Royal Van Figos MVP 6 tapak outsolenya menggunakan 100% getah lembut asli. Bagi MVP 6 pula tapak kasut merupakan campuran getah sama seperti kasut futsal yang sedia ada.

Bagi kami kedua-dua kasut terbaru Figos ini menepati citarasa pemain futsal sekarang. Anda cuba dahulu pasti anda setuju dengan kami.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh layari laman web di www.figos.my  atau laman media sosial Facebook dan Instagram @figossportswear.