Roshand Shane Beri Kejayaan untuk Felda United! Sinar baru untuk Felda United?

Saingan TM ePiala Malaysia yang bermula awal bulan ini menutup tirainya semalam yang menampilkan 8 pemain amatur dan 8 pemain terbaik daripada eMalaysian Football League.

Sebelum bermula pasti tumpuan semua terarah kepada dua pemain pro seperti LuqmanHzq yang mewakili Johor Darul Ta’zim dan Favlain yang mewakili Terengganu FC. Atas kertas dua pemain ini adalah calon pemenang atas rekod mereka sebagai juara ePialaMalaysia2019 untuk Luqman & Favlain merupakan juara eMFL tahun ini.

Tapi segalanya berubah apabila pemain amatur Roshan Shand yang mewakili Felda United membuat kejutan di kejohanan ini dan muncul juara buat kali pertama. Roshand antara salah seorang pemain yang layak menerusi pusingan kelayakan.

Di perlawanan pertama ePialaMalaysia2020 ini Roshand menang besar 8-1 dengan Taz dari Penang FC. Kemudian dia diundi bertemu Ayen daripada UiTM FC di suku akhir dan berjaya menang 3-1.

Masuk separuh akhir Roshan melakukan kejutan dengan menewaskan juara edisi tahun lepas LuqmanHzq (JDT) dengan kemenangan tipis 3-2. Dia teruskan rentak kemenangan sekalig lagi dengan menewaskan Imrandeen dari Kedah 3-0 sekaligus diangkat sebagai juara ePiala Malaysia 2020. “Ia satu penghormatan apabila dapat menjadi juara dalam kejohanan yang dianjurkan oleh MFL (Malaysian Football League) apatah lagi ini merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini dalam kejohanan kompetitif.”

“Saya juga masih tidak percaya mampu tewaskan pemain-pemain hebat lain sebab saya tahu mereka bukan lawan yang mudah tetapi akhirnya, saya berjaya juga.”

“Sudah pasti, saya ingin teruskan usaha untuk kejar lebih banyak kejayaan dan akan sentiasa menanti kejohanan yang dianjurkan oleh MFL pada masa akan datang untuk terus beraksi.”

“Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang menyokong walaupun saya hadir sebagai pemain bukan pilihan, terutamanya pasukan Felda United yang turut sama memberi semangat,” jelasnya.

Kalau nak tahu selain hebat di permainan FIFA ini, Roshand juga hebat di padang. Dia ni aktif dalam bola sepak dan juga futsal. Pernah bersama pasukan Red Galacticos, kalau pengikut-pengikut futsal mesti tahu pasukan ini.

Apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah buat Roshan dan Felda United. Teruskan bermain semoga berjaya menjadi juara di peringkat Asia dan Dunia satu hari nanti!.